Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 14, 2012

Moon & Stars for you

aku akan berhenti mengeluh

bicara tanpa suara

ku ukir hati dengan senyuman

hanya mata yang berbicara

dikala aku rebah 

Thursday, December 13, 2012

wondering

Salam

Hari ni baru dapat buka laptop.. semalam menggunakan masa sepenuhnya tuk cuti. Hehe.

Bangun pagi-pagi..berfikir..apa yang patut aku buat..

then tido...

Bangun lagi..capai enset dan col umi..umi asyik tanya

-bila nak berenti kerja
-bila nak balik rumah
-bila nak uruskan pasal majlis
-bila nak beli..
-bila..

Banyak betul soalan yang bermula ngan bila ni.. Aishhh.. Hari tu aku ada wat surat resign, tapi da simpan balik masa awal bulan. Nampak gaya kena cari surat tu balik la..huhu

Aku pilih tuk resign sebab aku rasa diri tak sesuai dengan kerja tu. Tiga kali demam dan dua kali mc dalam masa sebulan. Bulan pertama aku keep crying bila nak pergi kerja

Bulan kedua aku pilih untuk stay lagi dengan nasihat dari my other half. Aku cuba memberi gambaran yang positif.

Jika aku selalu mengeluh, seolah aku tidak bersyukur dengan ketetapanNya. Serba salah, sebelah hati kata lain, sebelah lagi pulak kata lain..


Ya Allah, permudahkan la urusanku
berikanlah aku kekuatan

Tuesday, December 11, 2012

Both of us

salam..

Entry sepantas kilat sebelum gi kerja.. Yer, saya kerja hari ni..sekian.




I wish I was strong enough to lift not one but both us 
Some day I will be strong enough to lift not one but both of us 


Nati esok bercerita lagi ek..

Wednesday, November 28, 2012

Off Day

Salam

My Off day =)
Love it..suka sangat.. Sampaikan balik kerja petang semalam excited. Macam-macam planning dalam otak ni. Nak basuh kereta la, nak gi pejabat pos la, nak gi beli tiket wayang la, bla bla bla..

Bila da bangun pagi-pagi..baring..bangun dan baring. Sila ulang dua perkara tu samapi tengah ari. Langsung takde mood. Macam tak besh je cuti hari ni.. *sigh*

Lepas basuh baju ngan kemas bilik pun masih takde mood.. Tiket wayang tak terbeli.. Encik hati yang keje hari ni offer nak beli. Aduhaii..so sorry..

So moody..

Oh ya, aku tengah taip surat resign.. Tapi, konfius betul..tak tahu format. Huhu.. Hati pun bercelaru..
Eh jap, hati bercelaru ke..otak yang bercelaru? =.=

Sila abaikan kegemuka yang terserlah..hee~

Saturday, November 24, 2012

Kuantan with love

Salam

Hari ni baru dapat buka laptop.. yeay!

Tak sabar nak citer..telan dua biji panadol baru boleh buka mata.  ~_~'
Alkisahnya aku pegi UMP hari khamis hari tu.. Harus la seronok. Walaupun tak dapat jalan-jalan pusing kuantan, da jejak kaki ke kuantan menjadi mengubat rindu. Hehe

Terima kasih banyak-banyak buat teman-teman yang sudi mendengar luahan perasaan.. huhu. Tak tahu nak balas dengan apa.. Terima kasih sebab korang ambil berat pasal diri ni.. Sangat terharu.. T_T

Aci tak kalau nak gi UMP lagi? hehe.. Aci la..


SELAMAT PENGANTIN BARU
Atikah & pasanganya
Pija & pasanganya

Ampun Maaf  dipinta sebab tak dapat menghadiri majlis korang.



Wednesday, November 21, 2012

Keseorangan

Salam..

Ari ni weekend aku tuk minggu ni. Pelik? Agakla..*sigh*
Tak pe..nanti akan terbiasa gak.

Bila sorang-sorang di tengah kota raya yang besar ni, aku terlalu rindukan family and teman-teman. Tak pernah ku rasa rindu sebegini. Walaupun rumah kat sana selalu berselerak, aku rindu tuk mengemas dan membebel kat adik-adik. 

Kadang-kadang terasa kesepian menyusuk sanubari. 

Bulan ni aku da ambil 2 kali mc.. memang tak dapat nak kerja. Mc pertama aku demam. Seingat aku, tak pernah aku demam sampai teruk macam tu. Demam selepas 2hari kerja. Demam dah kebah, tapi batuk tak nak hilang-hilang jugak. Semalam yang paling teruk aku batuk sampai tak boleh nak bercakap. Nak jawab panggilan macam mana kalau asyik batuk? Kekuatan utama tuk kerja ni adalah mulut dan suara. Serius rasa nak nangis bila pikir aku tak dapat nak teruskan kerja semalam.

Doc kata lagi seminggu mungkin akan sembuh. Persoalannya...macam mana nak sambung kerja nati? Kerja ni bukan boleh nak batuk seminit dua. Setiap saat dikira. Korang pernah tak kerja yang setiap saat nya dikira dan korang tiap-tiap hari kena tengok jam, minit dan saat..

Ok la..setakat ini sahaja luahan perasaan. Setahu aku, aku yang cari kerja ni kan??

=.=

Tuesday, November 13, 2012

Enjoy your work

Salam =)

Aku bersyukur dengan setiap apa yg dikurniakanNya.. Aku merima setiap ketetapanNya. Sesungguhnya hidupku tiada arah tuju.. Aku mengikut apa yang telah ditakdirkan untukku.. Aku berusaha menempuhi segala masalah. Aku mencuba menukarkan setiap yang negatif kepada positif..

Di sini, aku bebas bermimpi..

Aku mengimpikan kerja yang aku enjoy bila melakukannya.. Enjoy bukannya bermaksud main-main dalam melakukan tugasan, tapi aku menikmati setiap tugasan yang diberi. Aku dapat melakukan tugasan dengan hati yang gembira. Di waktu rehat, aku dapat menggunakan sepenuhnya masa itu untuk melepaskan lelah sebentar sambil menikmati makanan yang digemari. Dan selepas itu, aku dapat menyambung kembali tugasan itu

Itu sudah mencukupi buatku.. 

Dapatkah mimpi itu menjadi kenyataan?

Gaji kerja sekarang boleh menyenangkan hati semua orang. Orang kata, duit tak boleh membeli kebahagiaan. Namun, duit boleh menjdi medium untuk membahagiakan hati orang. Betul tak? 

Sesekali hati mengeluh sendiri.. Konfius dengan arah tuju hidupku. Namun, aku harus bersyukur kerana masih ramai lagi yang sedang mencari kerja. Duhai hati, bersabarlah..


selamat malam

wassalam.

Monday, November 12, 2012

Watak

salam =)

gigih jugak nak senyum walaupun susah nak senyum sekarang ni..

harap-harap hari ni berlalu dengan pantas

tak larat nak berlakon

menjadi bukan diri sendiri..

hanya satu yang mampu kulakukan

tutup mata dan bayangkan dunia yang indah


Sunday, October 28, 2012

Kosong

Salam..

Lamanye tak menaip..hee~

Alam pekerjaan sememangnya semakin menjauhkan aku dengan dunia mimpi. Kesedihan dan kesepian ataupun kegembiraan disimpan erat dalam hati. Entahla, biar jiwa ku sahaja yang mengetahuinya. Aku masih lagi terumbang ambing mencari arah tuju. Tiada lagi kata untuk disuarakan. Otak pula seakan-akan kosong. Bila aku penat, ku berhenti seketika dan merenung hidupku.....

Thursday, September 6, 2012

Perubahan

Salam..

Aku disini lagi bila hati mula berbicara..sangat la sadis. huhu

Hakikat sorang budak bernama dyana:

Aku tak pernah banyak bercakap dangan orang lain kecuali dengan kawan paling rapat dan dia. Aku tak pernah expresi kan (apa punyer perkataan daa) perasaan, luahan, pandangan dan pendapat aku kat orang lain kecuali dia. Aku hanya cakap high volume bila aku marah. Hehe. Nak tahu aku cakap macam mana? Sila tanya teman-teman aku. Konpem diorang nganjing abes.. huhu.

Aku pendengar yang baik. Tapi aku bukan penasihat yg baik. Itu diakui oleh teman seperjuangan. Diorang cakap, tak pe kalau aku tak cakap ape-ape pun.. Diorang da rasa lega bila boley kongsi masalah. Lecturer bahasa inggeris aku kata..nada percakapan aku sekata dan suara aku terlalu perlahan. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku dapat ubah semua tu. Tapi masih tak mencukupi untuk aku memasuki alam pekerjaan. 

Aku kurang pandai berkawan.. Aku agak susah untuk buat keputusan sendiri.. Aku boley je buat keputusan, tapi hati ni gedik..nak kena ada orang konpemkan dulu. huhu. Bahasa melayu memang jati diri aku. Aku tak pernah cakap campur-campur. Misalnya bahasa melayu dengan inggeris, bahasa melayu dengan hokkein, bahasa melayu dengan korea ke... tak pernah. Menaip kat blog tu pernah la kot.. hee~

Keyakinan aku berada pada tahap paling bawah. Maximum keyakinan yg aku pernah rasa adalah sewaktu zaman universiti. Sangat la kesian.. huhu


Dyana hari ini:

Oleh kerana perkara di atas, aku perlu berubah. Perubahan yg sangat ketara. Aku perlu berubah untuk orang-orang tersayang diselilingku. Aku harapan mereka. Aku terlalu takut melihat sinar matanya, risau gelora hati terbongkar. Risau menambahkan beban dibahunya. Malam tadi cukuplah untuk aku meratapi diriku. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini aku perlu transform kan diri aku kepada seorang custumer service. Esok interview. Huhu.

Buatku di Sana - Mafa feat Ronnie

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

# Aku akan cuba manfaatkan 24hari yang masih ada..T_T