Thursday, December 13, 2012

wondering

Salam

Hari ni baru dapat buka laptop.. semalam menggunakan masa sepenuhnya tuk cuti. Hehe.

Bangun pagi-pagi..berfikir..apa yang patut aku buat..

then tido...

Bangun lagi..capai enset dan col umi..umi asyik tanya

-bila nak berenti kerja
-bila nak balik rumah
-bila nak uruskan pasal majlis
-bila nak beli..
-bila..

Banyak betul soalan yang bermula ngan bila ni.. Aishhh.. Hari tu aku ada wat surat resign, tapi da simpan balik masa awal bulan. Nampak gaya kena cari surat tu balik la..huhu

Aku pilih tuk resign sebab aku rasa diri tak sesuai dengan kerja tu. Tiga kali demam dan dua kali mc dalam masa sebulan. Bulan pertama aku keep crying bila nak pergi kerja

Bulan kedua aku pilih untuk stay lagi dengan nasihat dari my other half. Aku cuba memberi gambaran yang positif.

Jika aku selalu mengeluh, seolah aku tidak bersyukur dengan ketetapanNya. Serba salah, sebelah hati kata lain, sebelah lagi pulak kata lain..


Ya Allah, permudahkan la urusanku
berikanlah aku kekuatan

No comments: