Wednesday, November 6, 2013

kecewa :(

Salam..

Tarik nafas dalam-dalam..hari yg cukup memenatkan walaupun dengan hanya duduk menunggu selama hampir 2 jam di klinik tadi. Situasi sebegini la yg perlu aku hadapi sampai bulan 1 tahun depan..nasibla badan..

Harini buku rekod klinik nurse tak jumpa..klakar tak? Sedih betul dengan sistem klinik tersebut. Aku hanya memandang sepi orang-orang yg datang lewat tapi boleh balik awal.. nak marah dekat nurse, mereka pn manusia yg tak suka dimarahi.. kesimpulannya, terpaksa la halfday hari ni..tolak gaji..sob2..sob2..

Aku pun turut sedih dengan opis aku..takde tempat nak rehat. Surau pulak milik tabung haji..pakguard takmo buka sebelum pkul 12.30 tengahari.. Dengan penatnya aku terpaksa naik juga ke opis dan masuk awal..giler rajin dpt pekerja mcm ni kan? Huhu.. namun, ada orang kesah ke? Mereka kesah bila time tolak gaji..wuwuwu...

Aku harus redha & tabah..kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar..

#harini tak turun lunch..sbb tu ada masa tulis entri :P

Tuesday, September 24, 2013

Stress

Assalamualaikum..

Asal malam je stress..stress pikir nak pakai baju mana gi keje tuk esoknye.. T_T

Sekarang aku kena ucapkan salam perpisahan buat baju kurung tuk tempoh 4 bulan ni.. Semua baju kurung da tak muat. Tak muat kat pinggang kain..huhu.

Cara lainnye adalah beli jubah dan baju yg lebih besar dari saiz kita.. alkisahnya, aku da borong 3 pasang jubah masa kat perak aritu.. rm140 tuk 3 pasang.. Lebih kurang rm50 sepasang.. 2 jubah cotton dan 1 jubah lycra. Jubah cotton amat menguji keimanan aku bila iron, tak hilang kedutannya.. Sape-sape ada tips nak ilangkan kedutan seribu tu, share please.. Jubah ni sume ada satu persamaan..terlebih besar dengan saiz aku.. kalau besar kat perut aku tak kesah..ini sampai jatuh bahu.. kalau pakai gi keje kemungkinan moral down ari tu sehari..huhu. Kesimpulannya, 3 jubah tu akan tergantung sahaja. Tobago-tiba rasa nak balik umah mntak tolong umi alter balik semua baju tu..

Cara yg paling berkesan dengan beli baju maternity.. ini berdasarkan pengalaman. Stakat ni aku baru beli skirt dan seluar maternity. Tak de masalah.. Design die memang memudahkan bagi bakal-bakal ibu.. Tapi yang masalahnya.. harganya mahal bagi aku.. sehelai blouse maternity dah mencecah rm55 ke atas.. dress maternity kebayakannya rm100 keatas.. *sigh*  Dengan gaji aku yg ciput ni hanya mampu tengok jela.. huhu

Sabar jela bila akak kat opis suruh gi beli baju baru. Nampak sangat aku slalu pkai baju sama tiap-tiap minggu.. huhu.

Sunday, September 22, 2013

Nafas Baru

Assalamualaikum dan pagi =)

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.. Ulang seberapa banyak yang anda suka..huhu.

Mimpi ape yang membawa aku kembali? Ntah la.. mungkin aku rindu untuk bermimpi kembali..mencipta mimpi dengan caraku. Mengejar mimpi menjadi realiti. Cehhh.. Moga-moga ini bukan hangat-hangat tahi ayam. Huhu.

Nafas je baru sebab guna listerine..hihi. Nak kena cari layout baru nampak gayanye..

Ahad yang indah bukan? Nikmatilah sepuas-puasnye =)

Monday, May 27, 2013

aku dan kehidupan

Salam..

Rindunya blog bucuk ni..hahah

Dah 2 bulan menyepi..sesepi sepinya.. ape punya bahasa da.. hehe. Dua hari lepas entri sebelum ni, aku terus keje.. Keje assistant admin kontrak 3 bulan dengan agensi..Keje ngan syarikat buat lift. Sedang aku bertungkus lumus menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran kat sana, aku lupa yang aku makin lama makin jauh dengan bidang yg pernah aku pelajari dulu. Semakin lama, aku makin malas untuk meng-update resume ngan apply keje kat jobstreet. Sifat malas menjadi-jadi.. Kecewa? Mungkin..

Kehidupanku, pegi keje, balik keje, pikir pasal family dan noktah. Mungkin aku sekarang berada di zon yg selesa.. Mungkin.. Dan due date kontrak semkain menghampiri..ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum habes. Perancangan setakat ni belum ada lagi. Assist. Manager nak rekemen aku kat bos supaya sambung kontrak ngan syarikat tu. Alamak...

Errrkkk.. tetibe aku terpikir.. adakah ini jalan ku? Kalau aku terima maknanya aku akan kekal keje tu. Malam tu aku mula muhasabah diri.. Ape aku nak buat lepas ni.. ermm.. nak sambung belajar, macam takde hati je.. Dalam dilema lagi..hahaha. Orang lain da sampai ke puncak gunung, aku masih di kaki gunung lagi. Huhu. Terok betul. Rata-rata classmate da keje rasanya. Congrates semua!

Tak pe, yang penting kita enjoy =)

Hari ni cuti dan mood tersangat la hepi.. semoga hari  ni berlalu dengan perlahan supaya aku dapat menikmatinya.. huhu

Thursday, March 14, 2013

Hatiku Hatimu

Salam..

Degupan jangtungku dua tiga hari ni tak sekata.. Kejap nebes terlebih-lebih, kejap ok.. Semua ni gara-gara intebiu. Aku memang cuak + nebes. Intebiu mana-mana pun sama. Bila la sumua ni nak berakhir..*sigh*
Nebes untuk dua event yang akan datang ni..dub dap dup dap.. Event pertama hari Jumaat ni, interview dekat Uptown Damansara. Admin Assistant je.. Namun begitu, agak susah jugak nak dapat. Dulu penah intebiu untuk position ni..diorang nak ambil degree management je..huhu

Event kedua part time receptionist untuk sehari kat Damansara Utama. Kedua-duanya diurus oleh Agensi Pekerjaan & Perundingcara Bright Prospect Sdn Bhd lepas gi intebiu hari tu. Sehari or dua hari lepas intebiu dengan agensi tu, diorang terus call offer intebiu dengan diorang punya client company. Memang la bagus, tapi aku ni lemah semangat banyak kali call masuk semua cakap english. Event kedua lagi nebes, sebab takde latihan ape-ape..hari isnin ni depan terus masuk keje. Dah sebulan lebih tak cakap english, hari isnin depan kena cakap full english. Waaaaaa..

Oleh kerana enzim-enzim nebes terlebih, aku dah tak dapat nak duk diam. Cara mengatasinya,
1- Mintak izin kuar umah..hehe 
2- Start kete
3- Parking kat mana-mana mall idaman hati (aku gi Tesco Extra, murah..hihi)
4- Ambil troli, window shopping, beli makanan yang anda suka (aku ambil pelbagai jenis roti & donut, chocholate & jajan)
5- Lepas bayar kat kaunter, gi beli nescafe ais..dan makan ngan roti.. 

Terus ilang nebes...nak lagi besh, bawa kawan-kawan skali. Sempurna!
Aku gi sorang-sorang sebab aku sorang je yang tak keje..huhu. Kalau rasa nebes lagi hari ni, ulang langkah 1-5 ^_^

Friday, March 8, 2013

Arah Tuju

Salam..

Selamat Hari Wanita.. Hari ni konon-kononnya nak gi intebiu je sepanjang hari. Baru lepas satu intebiu, dah sesat jalan. Waaaaa... Banyak makan buah langsat la, sejam lebih sesat dengan minyak kete 2 bar..cuak tak? Mahunye tidak..sampai je rumah, terus nangis guling-guling. Huhu.. Alhamdulillah, sampai jugak. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya. Tiap kali sesat, dalam hati membebel-bebel nak beli GPS.. Bila dah jumpa jalan, pikir balik berbaloi ke tak beli benda tu...

Realitinya, aku sedang mencari-cari arah tuju hidupku.. Impian masa tengah belajar da tercapai sampai kahwin. Lepas tu, ermmm tak de perancangan dah. Perancangan untuk jagka masa panjang da takde. Bila takde perancangan, aku seolah-olah hilang arah tuju. Hanya melakukan rutin harian.

Teringin nak gi Teluk Chempedak. Rindu ombak, angin, dan pantai kat sana. Ombak Rindu la kan? Hehe. Bestnye kalau dapat gi sana untuk tenangkan fikiran dan buat perancangan masa depan. Cewahhh..laksana orang kaya *berangan*

Nak gi UMP boley? Sayang sangat la kat UMP kan? Huhu

Wednesday, February 20, 2013

new chapter

Salam sayang =)

Cakk..hehe. Akhirnya dapat juga menaip di blog kesyangan ni.. Entri lepas kononnya nak countdown wedding, tapi terpaksa countdown sorang-sorang sebab tenet tak de..huhu. Sekarang ni tak payah susah-susah nak countdown sebab majlisnya dah selamat dilangsungkan pada 9hb feb 2013 & 16hb feb 2013 tempoh hari.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... Terima kasih umi, abah, adik-adik, family, sanak saudara, family suami, teman-teman dan mereka-mereka yang telah mendoakan kami. 

Fasa baru hidupku bergelar isteri..*wondering*
Minggu pertama lepas kahwin masih rasa betul ke ni? mimpi kah? huhu
Alhamdulillah, terima kasih En suami =)

Hari ni dah 3 hari duk rumah baru..3hari 3malam belum siap lagi kemas rumah..*sigh*
Disebabkan menjadi suri rumah sepenuh masa buat sementara ni, duk la kat rumah sorang-sorang..wuwu. Dapur dah siap kemas..hari ni hari pertama nak masak kat dapur tu..masak ape ek? Mak sedara aku bagi suggestion terbaik punya, resepi telur..setiap hari menu utama telur. Yela, dari kecik sampai besar masak megi je tahu..google resepi je, tapi buat ke tidak? huhu

Selamat bereksperimen la teman-teman kat ump, aku bereksperimen kat dapur dulu.. hehe

my En.suami =)

Sunday, January 20, 2013

Counting days

Salam..

Hari ni mood lebih baik =)

Eh, jap lupa nak citer..secara rasminya aku da resign 14hb januari hari tu.. Yes! hehe..
Terima kasih dan gudluck buat kawan-kawan..amed, mila, huda n da geng..
selamat tinggal customer yang selalu marah-marah..maaf yer, saya bukan technician..
selamat tinggal customer yang baik-baik, suka borak ngan korang..masalah settle, kami pun senang

Malam tu jugak bertolak balik ke kampung halaman tuk mnguruskan urusan penting. Walaupun hati berbunga-bunga dapat resign, hati tak lari dari risau memikirkan nasib pada masa hadapan. Aku ingin meminta maaf buat insan-insan tersayang, jika keputusan ini menyerabutkan lagi otak.. especially my parents ngan myfuturehusband..

erkkk...jap-jap..tetibe futurehusband kan?

Ehem..

20hari lagi untuk saat yang ditunggu, impian yang dibina bersama menjadi kenyataan..Nati kita buat countdown sama-sama ek.. tak cukup nafas ni.. rasa macam kalut semacam je. Mimpi kah aku?

love the design

Semoga segala urusan dipermudahkanNya..

Selamat malam semua..bermula la aktiviti tido awal..=)


#notebook ni kecik sangat..tetibe mish mylaptop

Thursday, December 20, 2012

mesin emosi

salam =)

kalau doremon boleh ada mesin masa, yang boleh bawa kemana sahaja.. aku pulak ada mesin emosi, yang boleh menukarkan mood aku dari sedih kepada gembira.

mesin emosi merupakan tempat yang selalu aku pergi dikala aku sunyi dan sedih. Aku hanya perlukan kurang daripada 30minit untuk ubah emosi aku dalam mesin tu. Selepas keluar dari mesin tu, kebiasaanya mood aku secara outomatik akan berubah kepada positif. Nak try? huhu

mesin itu tempat aku dan kawan-kawan berbincang, meluah perasaan dan merenung masa depan. 

aku punya 'mesin emosi'..love you

SOME PEOPLE DANCE IN THE RAIN
OTHERS JUST GET WET
-google-


#'mesin' itu bukan kepunyaan aku.. pinjam jer..hihi

Monday, December 17, 2012

Anti Graviti

salam

tak sabar nak tunggu hari rabu ni.. cuba teka?

harusla sebab rabu ni cuti..weee~

takmo keje tu..

kesunyian teramat..

masa orang gi kerja, aku kat rumah

bila aku gi kerja, orang kat rumah

aku kerja, diorang cuti

dan bila aku cuti diorang kerja


#mrHati said i must work no matter what happen..he will never argue about time, even if i come home late in 2am.. He said our wed preparation can be done in 1week before the date.

do you think so?

i just nod..


just work diyana..