Friday, March 8, 2013

Arah Tuju

Salam..

Selamat Hari Wanita.. Hari ni konon-kononnya nak gi intebiu je sepanjang hari. Baru lepas satu intebiu, dah sesat jalan. Waaaaa... Banyak makan buah langsat la, sejam lebih sesat dengan minyak kete 2 bar..cuak tak? Mahunye tidak..sampai je rumah, terus nangis guling-guling. Huhu.. Alhamdulillah, sampai jugak. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya. Tiap kali sesat, dalam hati membebel-bebel nak beli GPS.. Bila dah jumpa jalan, pikir balik berbaloi ke tak beli benda tu...

Realitinya, aku sedang mencari-cari arah tuju hidupku.. Impian masa tengah belajar da tercapai sampai kahwin. Lepas tu, ermmm tak de perancangan dah. Perancangan untuk jagka masa panjang da takde. Bila takde perancangan, aku seolah-olah hilang arah tuju. Hanya melakukan rutin harian.

Teringin nak gi Teluk Chempedak. Rindu ombak, angin, dan pantai kat sana. Ombak Rindu la kan? Hehe. Bestnye kalau dapat gi sana untuk tenangkan fikiran dan buat perancangan masa depan. Cewahhh..laksana orang kaya *berangan*

Nak gi UMP boley? Sayang sangat la kat UMP kan? Huhu

No comments: