Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 26, 2009

Janji..


"Walau ape pun yang terjadi, aku akan hidup dengan baek. Itu janjiku..janjiku dengan diriku sendiri. Takkan lagi menyiksa diri..walau pun tak mampu tuk meghapuskan setiap air mata, aku akan biarkan ia kering sendiri."



Bisikan itu yang tetiba datang dalam hatiku malam tadi. Malam tadi tak larat giler nak bagun. Pening + selsema = tido. Semalam dari pagi sampai malam, tak makan..tak de selera langsung. Tapi bile bisikan tu datang, aku jadi tetiba je bangkit dari tido dan ciapkan diri untuk solat maghrib. KepadaNya aku mohon agar dijauhkan segala malapetaka, keluh kesah dan kepadaNya juga aku mohon diberikan ketenangan. Saat itu, aku mula mengingatkan diriku tuk terus hidup dengan baek walau pe pun terjadi. Aku gagahkan diri gak tuk makan sebab perut aku memang blum terisi ape-ape pada hari tu. Selepas makan dan solat isyak, aku terus ke meja study. Berjihad menuntut ilmu. Kali ni lama benar aku study. Tak penah cam ni. Kalau kebiasaannye, tak sampai 2jam aku study, dh gugur syahid. Huhu.. Ade satu bende je yang menjadi persoalan kat hati aku. Rasanye tak perlulah diberitahu.. Mungkin ade la tu..Mungkin..dan seribu kali mungkin dalam hati ni. Aku hilangkan segala kemungkinan itu dengan study. Biar tak payah pikir bende tu..



Malam ni lepas kelas,ingat nak gi tengok bintang.. Nak tengok sangat-sangat.. Kalau rezeki aku, mungkin malam ni leh tengok bintang. Kalau tak, tak pe la..bukan rezeki aku kot. Sowi ek kawan-kawan..kalau korang tak dapat cari aku malam ni. Aku nak gi tengok bintang. Bukan date ye..Aku ngan diriku je. Tempatnye..rahsia. huhu..cubalah cari, kalau dapat..



Jangan risau, yana tak ape-ape..still akan hidup dengan baek.huhu..

Sunday, March 15, 2009

Group Islamic Institution

~part1 : interview dengan exsekutif stokis HPA bagi projek Islamic Instituion

breakfast kat pantai Gelora

lokasi projek dijalankan..stokis HPA kuantan



sesi interview..tekun gler


dh abes..akhirnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sorang
lagi anggota group, Alias.. bertindak selaku cameraman pada ari tu.



~ part 2: jalan-jalan lor...huhu






# sebenarnye projek ni dah lama dijalankan..cuma aku bru post je.huhu

Wednesday, March 11, 2009

Benci!!!

ntah la.. malam ni aku rase nak marah sangat-sangat..Nak marah kat sape pun aku tak tau r. Satu persatu wajah-wajah mereka yang bleh kira aku tak suke muncul depan aku. Rasa cam nak marah diorang terus depan-depan. Membuak- buak marah ku kali ini. Tak dapat nak tahan lagi. Kemarahan yang ku pendam selama ini memakan diri aku sendiri. Aku langsung tak dapat fikir pasal bende laen. Yang aku tahu, nak marah je.
Lab malam ni terpaksa ku ponteng. Aku tak tahu macam mane nak berdepan dengan wajah itu secara realitinya. Kalau aku pergi pun, xde bezanye..cam tak pergi gak. Macam aku ni tak wujud je. Mungkin sebab nak marah sangat, rumateku sendiri tak berani nak tegur aku. Huhu.. Tapi semarah- marah aku pun, tak ke mana gak..Aku bukannya berani nak marah-marah orang. Silap-silap ari bulan, kena marah balik. Aku tak suke prasaan marah ni. Tiap kali aku marah, aku jadi pening..marah buat aku menangis. Tadi ain datang bilik..Selain keluargaku, die sorang je tau stakat mane kemarahan aku. Satu persatu aku cerita. Setengah jam lab bermula..telefon ku berdering xputus-putus. Sori, dah wat korang risau.
Tapi sekarang, aku dah ok. Sumone telah ingatkan aku satu bende yang penting. Pengubat segalanya...SENYUMAN. Aku dah tahu camne nak atasi kemarahan tu. Aku just perlu senyum..Tapi serius aku bagitaw, mase marah tu aku dah lupa camne nak senyum. Aku harap hari-hari ku tak lagi sebegini. Ya Allah, Kau kurniakanlah ketenangan buat hati ini. Sesunggunya Engkau Maha Mengetahui setiap seseatu..