Thursday, September 6, 2012

Perubahan

Salam..

Aku disini lagi bila hati mula berbicara..sangat la sadis. huhu

Hakikat sorang budak bernama dyana:

Aku tak pernah banyak bercakap dangan orang lain kecuali dengan kawan paling rapat dan dia. Aku tak pernah expresi kan (apa punyer perkataan daa) perasaan, luahan, pandangan dan pendapat aku kat orang lain kecuali dia. Aku hanya cakap high volume bila aku marah. Hehe. Nak tahu aku cakap macam mana? Sila tanya teman-teman aku. Konpem diorang nganjing abes.. huhu.

Aku pendengar yang baik. Tapi aku bukan penasihat yg baik. Itu diakui oleh teman seperjuangan. Diorang cakap, tak pe kalau aku tak cakap ape-ape pun.. Diorang da rasa lega bila boley kongsi masalah. Lecturer bahasa inggeris aku kata..nada percakapan aku sekata dan suara aku terlalu perlahan. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku dapat ubah semua tu. Tapi masih tak mencukupi untuk aku memasuki alam pekerjaan. 

Aku kurang pandai berkawan.. Aku agak susah untuk buat keputusan sendiri.. Aku boley je buat keputusan, tapi hati ni gedik..nak kena ada orang konpemkan dulu. huhu. Bahasa melayu memang jati diri aku. Aku tak pernah cakap campur-campur. Misalnya bahasa melayu dengan inggeris, bahasa melayu dengan hokkein, bahasa melayu dengan korea ke... tak pernah. Menaip kat blog tu pernah la kot.. hee~

Keyakinan aku berada pada tahap paling bawah. Maximum keyakinan yg aku pernah rasa adalah sewaktu zaman universiti. Sangat la kesian.. huhu


Dyana hari ini:

Oleh kerana perkara di atas, aku perlu berubah. Perubahan yg sangat ketara. Aku perlu berubah untuk orang-orang tersayang diselilingku. Aku harapan mereka. Aku terlalu takut melihat sinar matanya, risau gelora hati terbongkar. Risau menambahkan beban dibahunya. Malam tadi cukuplah untuk aku meratapi diriku. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini aku perlu transform kan diri aku kepada seorang custumer service. Esok interview. Huhu.

Buatku di Sana - Mafa feat Ronnie

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

# Aku akan cuba manfaatkan 24hari yang masih ada..T_T

2 comments:

FazierFawziey said...
This comment has been removed by the author.
FazierFawziey said...

same lah kite..=[[
meh smngat ckit...huhu=]]]