Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Semput

Salam Ramadhan..

Dikala orang lain sedang sibuk mendapatkan biskut-biskut raya yang ditempah, aku plak sibuk mengadun tepung tuk buat biskutraya. Hehe.. Seingat aku la kan, aku tak pernah bawa balik biskut raya kat rumah. Kononnya, berangan nati da kerja baru boley beli macam-macam tuk bawa balik kat family. Memang berangan la jawabnye.. da sekarang pun tak kerja-kerja lagi... ~_~"

Tapi tak pe, adik aku beriya-iya je nak wat biskut raya tahun ni. Dan tangan aku tak berseni langsung dalam wat biskut ni.. Akhirnya, petang semalam bermulah kerja-kerja membuat biskut. Permulaan ni harus la pilih biskut yang paling senang nak buat. Sebab nak bagi menjadi.. kalau tak jadi, aku tak nak buat..muahahah.. Biskut yang terpilih adalah biskut semperit.

Umi siap cakap, biskut semperit pun nak wat? Takde biskut raya moden cket ke? Errkkk ketahui lah umi bahawa aku hanyalah beginner.. Kena la buat yg senang-senang dulu.. Bahan-bahan die teramat la senang dan mudah untuk membuatnya. Part yg paling susah masa nak tekan acuan semperit tu.. Sakit tangan wo.. T_T Aku hanya dapat wat guna acuan tu untuk dua kali bakar je.. Kesimpulannye, elakkan guna acuan semperit yang besar dan plastik. 

 Guna acuan tembaga lagi elok.  Dan pastikan ada tempat untuk  pengang benda tu. [Sumber] 

Acuan kat atas lagi best kot sebab boley pengang dengan elok. Ce tengok, dia ada bulatan besar kat atas tu kan? Kalau acuan plastik biasanye, bulatan tu tersangat la kecil. Penat nak pegang benda ni.. asyik licin je..
Oleh sebab itu, lebihan adunan biskut tu aku buat menggunakan acuan biskut biasa boley? Huhuhu..

Lebih kurang macam ni la rupanya..tapi warna kuning..  [sumber]
Dan aku namakan biskut itu, biskut semput! Aku tak nak letak kat sini gambar biskut yg asal, tak sanggup nak menengoknye.. huhu. Nampak gaya seari sebelum raya kena gi borang biskut raya... heee~


No comments: