Tuesday, November 13, 2012

Enjoy your work

Salam =)

Aku bersyukur dengan setiap apa yg dikurniakanNya.. Aku merima setiap ketetapanNya. Sesungguhnya hidupku tiada arah tuju.. Aku mengikut apa yang telah ditakdirkan untukku.. Aku berusaha menempuhi segala masalah. Aku mencuba menukarkan setiap yang negatif kepada positif..

Di sini, aku bebas bermimpi..

Aku mengimpikan kerja yang aku enjoy bila melakukannya.. Enjoy bukannya bermaksud main-main dalam melakukan tugasan, tapi aku menikmati setiap tugasan yang diberi. Aku dapat melakukan tugasan dengan hati yang gembira. Di waktu rehat, aku dapat menggunakan sepenuhnya masa itu untuk melepaskan lelah sebentar sambil menikmati makanan yang digemari. Dan selepas itu, aku dapat menyambung kembali tugasan itu

Itu sudah mencukupi buatku.. 

Dapatkah mimpi itu menjadi kenyataan?

Gaji kerja sekarang boleh menyenangkan hati semua orang. Orang kata, duit tak boleh membeli kebahagiaan. Namun, duit boleh menjdi medium untuk membahagiakan hati orang. Betul tak? 

Sesekali hati mengeluh sendiri.. Konfius dengan arah tuju hidupku. Namun, aku harus bersyukur kerana masih ramai lagi yang sedang mencari kerja. Duhai hati, bersabarlah..


selamat malam

wassalam.

2 comments:

FazierFawziey said...

chayok my girl ;) =]] smilee...

Dyana said...

huk3..tq awop..
tp sy rasa mcm nk gi ump smula..huhu