Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 21, 2012

Keseorangan

Salam..

Ari ni weekend aku tuk minggu ni. Pelik? Agakla..*sigh*
Tak pe..nanti akan terbiasa gak.

Bila sorang-sorang di tengah kota raya yang besar ni, aku terlalu rindukan family and teman-teman. Tak pernah ku rasa rindu sebegini. Walaupun rumah kat sana selalu berselerak, aku rindu tuk mengemas dan membebel kat adik-adik. 

Kadang-kadang terasa kesepian menyusuk sanubari. 

Bulan ni aku da ambil 2 kali mc.. memang tak dapat nak kerja. Mc pertama aku demam. Seingat aku, tak pernah aku demam sampai teruk macam tu. Demam selepas 2hari kerja. Demam dah kebah, tapi batuk tak nak hilang-hilang jugak. Semalam yang paling teruk aku batuk sampai tak boleh nak bercakap. Nak jawab panggilan macam mana kalau asyik batuk? Kekuatan utama tuk kerja ni adalah mulut dan suara. Serius rasa nak nangis bila pikir aku tak dapat nak teruskan kerja semalam.

Doc kata lagi seminggu mungkin akan sembuh. Persoalannya...macam mana nak sambung kerja nati? Kerja ni bukan boleh nak batuk seminit dua. Setiap saat dikira. Korang pernah tak kerja yang setiap saat nya dikira dan korang tiap-tiap hari kena tengok jam, minit dan saat..

Ok la..setakat ini sahaja luahan perasaan. Setahu aku, aku yang cari kerja ni kan??

=.=

2 comments:

shekechik said...

sabar yea na cyg...
sedih pulak dgr..huhu

nnt ada sinar..tunggu deh =)

Dyana said...

hehe.. makacih ma..
cdey jgop ni..hehe
insyAllah..