Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 16, 2012

seputih gigi

Salam ツ

Minggu lepas Cik doktor gigi datang kat opis.. So, dapat la periksa gigi secara percuma. Yeay! pantang jumpa perkataan 'PERCUMA', terus nak..hehe

Dengan penuh kesabaran tunggu giliran..dan bila saat itu tiba, jantung bukan main lagi berdegup kencang. Satu peraasan yang masih tak dapat aku singkirkan dari kecil sampai la da besar ni. Heh! takut doktor..hehe.  Banyak ilmu pasal penjagaan gigi yang masih aku belum tahu.. ataupun da tahu tapi buat-buat tak tahu. Huhu... 

Kadang-kadang bukan main berus gigi.. Tapi mesti sakit gak kan? Kan? Tahu tak nape? Mungkin salah satu sebabnya adalah penjagaan gigi yang salah.. contoh yang paling dekat, diri aku sendiri la.. hehe. Aku pernah menderita sakit gigi geraham da berulang alik ke klinik gigi selama setahun. Waaaa.. siyes sakit. Betol!

Note untuk diri sendiri dan untuk mereka-mereka yang ingin memperaktikkannya..

- berus gigi secara lembut dengan betul sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Memberus gigi sebelum tidur adalah penting untuk mengurangkan aktiviti bakteria pada gigi. Sila Google untuk mengetahui cara memberus gigi dengan betul. 

- guna ubat gigi yang mengandungi florida untuk melindungi gigi daripada bakteria dan menguatkan gigi..

- gunakan flos untuk menyempurnakan penjagaan gigi. Berus gigi hanya mampu membersihkan 30% gigi manakala flos mampu membersihkan gigi sehingga 70%.. 

- bagi penggemar kafein, berus gigi atau berkumur dengan air suling selepas mengambil makanan tersebut.

- Elakkan daripada rawatan 'bleach' gigi untuk memutihkan gigi. Rawatan ini boleh menghakis gigi anda dan mendedahkan gigi kepada pelbagai penyakit seperti gigi sensitif..


Ni semua info yang aku dapat kat talk pasal penjagaan gigi tu.. Betul atau tak, wallahu a'lam.. Kalau nak tahu  lebih banyak lagi, jangan segan silu tanya En.Google.. hehe

Hasilnya.. aku da beli flos! yeay! Hehehe.. walaupun tak mampu nak beli yang mahal..yang murah pun jadi la..

Gigi yang sihat mampu untuk kekal sehingga akhir usia kita.
Senyum。◕‿◕。

No comments: